Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Saturday, 3 May 2014

Belajar Dengan Muzik

Gambar : Ehsan En Google

Assalamualaikum.

           



Hai semua...semoga anda sentiasa dalam rahmatNya. Topik kali ni, belajar dengan muzik. Pernah tak anda berada dalam situasi ini? Aku memang mengaku. masa study dulu-dulu, bila nak buka buku je, mengantuk la, tak ada mood la, lemah je fikiran bile tak ada muzik. Pada aku bila ada muzik, seolah-olah ada tenaga baru menjelma dalam diri. hehhe.

Tapi bukan semua matapelajaran aku dengar muzik ye. Hanya subjek mengira sahaja. Subjek membaca aku tak boleh dengar muzik. Nanti fikiran aku ntah ke mana-mana je.hehhe

Pada aku, lain orang lain caranya untuk mengulangkaji pelajaran. Ikut kesesuaian dan keselesaan diri dan minda masing-masing. Ada orang suka belajar dalam keadaan sunyi sepi, duduk bersendiri dalam bilik atau perpustakaan.

Ada pula yang suka belajar kat pusat membeli belah atau kafe. Pada mereka, apabila terlampau sunyi, fikiran akan melayang dan apa yang di baca langsung tidak menyerap ke dalam otak.

Pada aku, kaedah mengulangkaji adalah bergantung kepada individu masing-masing. Namun begitu, bukan sekadar muzik kerana kajian juga mendapati adalah penting memilih lagu yang sesuai dengan subjek yang di pelajari. Tidak semua mata pelajaran, anda boleh memilih muzik kegemaran untuk di jadikan sebagai teman anda ketika mengulangkaji pelajaran.

                      
     
                                                
 
 
 
     

 
Namun, persoalannya adakah mengulangkaji sambil mendengar muzik adalah berkesan? Menurut kajian yang di jalankan oleh pakar psikologi klinikal di Amerika Syarikat, Dr Emma Gray, pelajar yang mendengar muzik ketika belajar adalah pelajar yang cemerlang di dalam akademik. Mereka jenis yang 'cepat tangkap', bijak dan mudah memahami segala teori yang diterangkan salam sesebuah bahan bacaan.

Namun bukan sekadar muzik kerana kajian juga mendapati adalah penting memilih lagu yang sesuai dengan subjek yang dipelajari. tidak semua subjek anda boleh memilih muzik kegemaran untuk di jadikan teman ketika mengulangkaji.

Contohnya subjek matematik, anda perlu memilih muzik bergenre klasik. Ini adalah fakta yang sudah direkodkan berdasarkan kajian yang dilakukan. Kajian menemukan, untuk meransang daya ingatan dan daya tumpuan pembelajaran, mendengar muzik klasik ketika mengulangkaji mampu untuk mendapatkan purata markah lebih 12% di dalam peperiksaan matematik.

Muzik adalah susunan bunyi yang mampu merehatkan minda supaya menjadi lebih tenang, imaginasi mampu di proses dengan baik dan tumpuan boleh di tingkatkan.

Bagaimanapun, menurut kajian terdapat beberapa langkah yang harus dilakukan oleh mereka yang belajar dengan mendengar muzik untuk memastikan ia lebih berkesan dan praktikal. Antaranya ialah :

1)Mengelakkan diri daripada mengulangkaji dengan mendengar muzik sehari sebelum peperiksaan. Ini kerana sehari sebelum peperiksaan adalah masa terbaik untuk kita melihat kembali kesemua bahagian yang sudah dibaca dan difahami agar setiap fakta itu terus melekat dalam otak.

2)Mencuba dengar muzik tanpa lirik. Ini kerana lirik itu boleh mengganggu terutamanya lagu kegemaran kita. Otak sibuk memproses pelajaran yang dibaca, bibir sibuk menyanyi lirik lagu tersebut. Ini tidak berkesan.

3)Cuba mendengar muzik dengan perlahan atau sederhana perlahan kerana muzik yang kuat hanya akan mengganggu otak untuk memproses.

4)Elakkan dari mendengar muzik yang mempunyai pukulan dram yang kuat seperti muzik rock atau muzik keras kerana ia berpotensi mengkhayalkan fikiran untuk memikirkan soal lain ataupun menyanyi sama.

5)Mengelakkan diri dari mendengar muzik baru kerana akan menyebabkan anda lebih fokus mendengar lagu baru yang tidak biasa anda dengar selain perlahankan muzik latar belakang untuk memastikan tumpuan otak masih pada buku yang dibaca.

Bagaimanapun, setiap langkah dan cara ini hanya berdasarkan kajian yang dilakukan dan tidak semestinya sesuai untuk digunapakai oleh semua individu. Semuanya bergantung kepada anda supaya proses pembelajaran menjadi lebih ceria dan tidak membosankan.

Disamping mengulangkaji tanpa tekanan, pada masa yang sama kita masih boleh berhibur.

Selamat mencuba!



Friday, 2 May 2014

Selamat Datang, REJAB!

Assalamualaikum

Syukur Alhamdulillah kerana masih di berikan kesempatan oleh Yang Maha Pencipta untuk bertemu lagi Rejab pada tahun ini. Rejab antara bulan yang paling dinanti-nantikan oleh semua umat Islam.


Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

-Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rejab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

-Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

-Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rejab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

-Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rejab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

-Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rejab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

-Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as:

“Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:
“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT.

Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”
Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rejab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.




Jadi kawan-kawan, jom kita berpuasa berjemaah ye pada bulan Rejab ni. Kita kumpul pahala banyak-banyak sebagai persediaan nak sambut Ramadhan nanti. Semoga apa yang kita buat ni akan mendapat keredhaan dan keberkatan dari Nya. Aminnn. Insya Allah.






**sumber : dakwah.com