Thursday, 5 June 2014

Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Assalamualaikum...




Kalian pernah tak dengar pasal ABDR ni? Bagi yang sudah tahu, Alhamdulillah dan tahniah kerana menyertai ABDR. Bagi yang belum tahu apa-apa mengenai ABDR ni, meh aku kongsi serba sedikit tentang ABDR.


Apakah Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)?
*ABDR ini adalah satu program untuk melatih kaum suri yang sedang bekerja atau surirumah untuk menjana pendapatan di rumah secara dalam talian.

*Pengasas ABDR, iaitu Pn Masayu Ahmad juga seorang penulis untuk buku Jana Wang di rumah, Jana RM dari rumah, Super Wahm Super Mom, Belajar Asas Blog dan banyak lagi. Keahlian ABDR telah mencecah 1000 ahli dengan blog masing-masing, 21 kelas dan 13 guru online yang berdedikasi.

Bagaimana kelas ABDR di jalankan?
*Kelas ini berlangsung 100% secara online (atas talian) dengan menawarkan kelas online untuk menjana pendapatan dari rumah dengan platform blog dan fanpage niaga di facebook.

*Kelas online yang dijalankan adalah berbentuk tutorial. Setiap protege (peserta) akan dibekalkan ebook asas blog sebagai rujukan utama.

*Protege akan dimasukkan ke dalam kelas online di laman facebook. Komunikasi antara guru online dan protege adalah secara one to one (personal coaching). Nota dan tutorial bergambar  disediakan di dalam kelas online tersebut.

Berapa lama masa yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan?
*Tugasan bergantung kepada individu. Masa adalah fleksibel. Tiada tekanan. Apabila protege (peserta) free, bila-bila masa anda boleh berhubung dengan guru online. Masa mengikut kelapangan protege. Bukan kepada guru online.

Berapakah yuran untuk menyertai ABDR?
Berikut adalah yuran yang dikenakan untuk menyertai ABDR














Adakah tenaga pengajar terdiri daripada mereka yang bertauliah?
*Ya. Tenaga pengajar adalah mereka yang berpengalaman dan telah lama berkecimpung serta mahir dalam bisnes secara talian talian.

Bilakah tarikh tutup kelas ABDR?
*ABDR tiada tarikh tutup. Pendaftaran adalah setiap hari. Sepanjang masa. Selagi ada permintaan, selagi itulah tenaga pengajar bersedia untuk membantu anda menjana pendapatan dari rumah.

Peserta ABDR adalah terdiri daripada pelbagai latarbelakang dan pengalaman.


Kepada sesiapa yang berminat menyertai ABDR, sila hubungi :
email : mardianamuda@gmail.com
facebook : www.facebook.com/mardianamuda
fanpage : www.facebook.com/MardianaOnlineStore
hp : 017-6748556.

Friday, 23 May 2014

Exclusive Aneesa Jubah

Assalamualaikum.

Sebelum tu aku nak tanya ni, adakah anda peminat jubah? Tapi aku rasa trend berfesyen sekarang ni adalah jubah kan? sana sini jual jubah. Termasuklah aku.hehehe..tak boleh kalah. Nak jugak jual jubah. Tapi jubah yang aku jual ni lain dari yang lain. Sangat-sangat selesa. ia sangat sesuai untuk ibu menyusu kerana disediakan zip dibahagian depan dan juga zip dibahagian lengan untuk mengambil wudhuk.


 
 
Jubah ni mempunyai 3 warna iaitu Silver Berry, Purple Berry dan Emerald Green. Kainnya yang sangat berkualiti dan sangat-sangat selesa. Tidak melekat ketika di pakai dan tidak perlu di gosok terlalu lama.
 
 
                                                                    Silver Berry
 
 
                                                                    Purple Cherry
 

 
Emerald Green
 
 
 
 
Ukuran Jubah
 
 Harga bagi jubah ini adalah rm159. Penghantaran adalah percuma.
 
 
sekiranya anda berminat, boleh hubungi saya melalui
 




Saturday, 17 May 2014

Pes Nasi Arab Siap Beras Al Bayt

Assalamualaikum

Kali ni aku nak cerita pasal Pes Nasi Arab plak. Pes Nasi Arab ni dijual dengan beras sekali. Bukan beras biasa tapi beras Basmathi. Ala beras yang panjang-panjang tu. Terdapat 4 jenis nasi arab yang boleh anda beli mengikut selera dan citarasa anda ye.

Harganya sangat murah. Anda tak perlu pening-pening kepala nak fikir macam mana nak masak ke, apa ke kan. Sebab dalam tu semua sudah tersedia.

Terdapat 4 jenis pes nasi arab yang aku jual. Antaranya ialah
-nasi mandy ayam Saudi
-nasi kabsah ayam
-nasi maqluba ayam
-nasi mandy kambing Yaman




 
 


 

 
 
 


Senangkan caranya..Jadi tunggu apa lagi, boleh je order pes nasi arab ni dari aku sekarang. Pes nasi arab ni sangat-sangat laku ye. Ulang lagi sekali, sangat-sangat laku! Order 100 kotak, habis! Order 200 kotak, habis! Order 300 kotak pun, habis!

Lebih-lebih lagi dah dekat nak Ramadhan ni, lagi la banyak permintaan. Pelanggan nak buat stok kat rumah. Tak perlu nak masak banyak-banyak lauk. Jimat masa. Hanya masak nasi arab je untuk berbuka. Oh ye, nasi arab ni disediakan untuk 5-6 orang makan. Sangat sedap! Rugi kalau tak beli.

Banyak pelanggan aku dah berpuas hati.

Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan pes nasi arab ni, bolehlah hubungi aku melalui :


email : mardianamuda@gmail.com
facebook : www.facebook.com/mardianamuda
Fan Page : www.facebook.com/MardianaOnlineStore.

PMS : Minyak Zaitun Ya Mal Alsham (500ml)



 
                                            
                                                             Harga : Rm35 sebotol

                                                                Kos Pos : Rm10 ~ SM
                                                                                Rm15 ~ SS

 
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk ini, boleh hubungi saya melalui

email : mardianamuda@gmail.com
Facebook : www.facebook.com/mardianamuda
Fan Page : www.facebook.com/MardianaOnlineStore



 

                                                                



 

                                                                    

 
                             
                                                                    
                                                       
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 

                
 

                                                                 
 
 
 
 
 
 
 



Wednesday, 7 May 2014

Tips Mudah Supaya Cukup Minum Air Sebanyak 8 Gelas Sehari

Assalamualaikum.


Sebenarnya tajuk ni berkaitan dengan diri aku. Kira aku berkongsila dengan anda semua bagaimana aku mengatasi masalah ketidakcukupan minum air dalam sehari. Sebelum kawin aku memang sangat-sangat susah untuk minum air putih. Aku akan rajin minum air bila aku perasan aku dah beberapa hari tak membuang..hehe. Teruk kan? Tolong jangan ikut perangai aku ni ye..hehe

Selepas kawin aku dah mula rajin minum air putih tapi masih lagi tak cukup 8 gelas sehari. Biasanya 5 gelas. Kadang-kadang kurang. Kadang-kadang 6 gelas macam tu la. Bila kawan tegur kulit aku macam kering je, baru la aku terhegeh-hegeh minum air. Sampai macam tu sekali? Hehe.

Tapi rutin minum air aku mula berubah 200% apabila aku bersalin dan mengamalkan penyusuan esklusif. InsyaAllah, bulan Ogos ni genaplah 2 tahun tempoh penyusuanku untuk sofia. Alhamdulillah.


                                                      'Ehsan En Google'


Cara yang aku amalkan supaya konsisten minum air adalah seperti berikut :

7 pagi : 1 gelas

9 pagi : 1 gelas

11 pagi : 1 gelas

1 petang : 1 gelas

3 petang : 1 gelas

5 petang : 1 gelas

7 malam : 1 gelas

9 malam : 1 gelas


Ok dah cukup 8 gelas sehari. Macam mana? dah boleh setkan masa untuk minum air kan? aku bukan je 8 gelas. Malah dah berlebihan minum air dalam sehari. 10 gelas macam tu la. Sentiasa dahaga bila menyusu anak ni. Bagi mereka yang sedang mengamalkan penyusuan esklusif, tahulah rasanya macam mane.

Tapi aku akan start minum air putih setiap hari setelah bangun dari tidur. Tanpa berkumur ye kawan-kawan. Lagi bagus kalau letak madu dan habbatus sauda. Sunnah Nabi. Aku tak letak pon. Minum air macam tu je. Lepas tu baru la solat subuh. Jadi jadual minum air aku bermula jam 6 pagi. Anda semua boleh mencuba tips yang aku kongsikan ni.

Tak rugi pon bila anda rajin minum air putih ni. Banyak kebaikan dari keburukan. Antaranya, kulit makin cantik, badan akan rasa sihat, sistem pembuangan pun akan sentiasa lancar. Takdela sembelit.

Selamat mencuba!

Saturday, 3 May 2014

Hari Anggota Bomba Sedunia 2014

Assalamualaikum

"Haa..tgk tajuk je mesti anda semua dah tahu aku nak cerita apa"..Ini ditujukan buat mereka yang tak tahu nak pergi mane pada cuti hujung minggu ni, 4 Mei. Kalau dah boring tiap-tiap minggu asyik pergi shopping mall je, meh kita beramai-ramai meriahkan Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba ni. Majlis ni bakal berlangsung di Dataran Merdeka.
 
 
 


Tema : Inovatif dan Integriti Pemacu Transformasi.

Antara program yang akan diadakan ialah kempen derma darah, pameran kebombaan dan persembahan kebombaan. Boleh la kita menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang kebombaan.
Terutamanya buat mereka yang mempunyai anak-anak yang sudah bersekolah. Kot-kot berminat untuk menyertai pasukan bomba sebagai perancangan masa depan. Adalah sangat dialu-alukan.

11 Mei plak akan diadakan larian bersama bomba. Bagi mereka yang suka marathon, boleh je join larian ni. Aku memang tak berapa suka join larian macam ni. Penat. Cepat semput. Maklumla dah usia-usia ni..Hehhe.

Oh ye, sebelum terlupa, Selamat Hari Bomba buat semua abang-abang bomba dan kakak-kakak bomba. Semoga sentiasa menjalankan amanah yang diberikan dengan baik. Terima kasih di atas pengorbanan yang dilakukan. Rumah terbakar panggil bomba, berlaku kemalangan panggil bomba, kaki anak tersepit dalam tandas panggil bomba, ular masuk dalam rumah panggil bomba, hilang dalam hutan panggil bomba, lemas dalam laut atau sungai panggil bomba, hutan terbakar panggil bomba. Terima kasih atas semuanya.


Jumpa kat Dataran Merdeka ye nanti. Ok, bye!


**gambar : fan page JBPM.

Belajar Dengan Muzik

Gambar : Ehsan En Google

Assalamualaikum.

           



Hai semua...semoga anda sentiasa dalam rahmatNya. Topik kali ni, belajar dengan muzik. Pernah tak anda berada dalam situasi ini? Aku memang mengaku. masa study dulu-dulu, bila nak buka buku je, mengantuk la, tak ada mood la, lemah je fikiran bile tak ada muzik. Pada aku bila ada muzik, seolah-olah ada tenaga baru menjelma dalam diri. hehhe.

Tapi bukan semua matapelajaran aku dengar muzik ye. Hanya subjek mengira sahaja. Subjek membaca aku tak boleh dengar muzik. Nanti fikiran aku ntah ke mana-mana je.hehhe

Pada aku, lain orang lain caranya untuk mengulangkaji pelajaran. Ikut kesesuaian dan keselesaan diri dan minda masing-masing. Ada orang suka belajar dalam keadaan sunyi sepi, duduk bersendiri dalam bilik atau perpustakaan.

Ada pula yang suka belajar kat pusat membeli belah atau kafe. Pada mereka, apabila terlampau sunyi, fikiran akan melayang dan apa yang di baca langsung tidak menyerap ke dalam otak.

Pada aku, kaedah mengulangkaji adalah bergantung kepada individu masing-masing. Namun begitu, bukan sekadar muzik kerana kajian juga mendapati adalah penting memilih lagu yang sesuai dengan subjek yang di pelajari. Tidak semua mata pelajaran, anda boleh memilih muzik kegemaran untuk di jadikan sebagai teman anda ketika mengulangkaji pelajaran.

                      
     
                                                
 
 
 
     

 
Namun, persoalannya adakah mengulangkaji sambil mendengar muzik adalah berkesan? Menurut kajian yang di jalankan oleh pakar psikologi klinikal di Amerika Syarikat, Dr Emma Gray, pelajar yang mendengar muzik ketika belajar adalah pelajar yang cemerlang di dalam akademik. Mereka jenis yang 'cepat tangkap', bijak dan mudah memahami segala teori yang diterangkan salam sesebuah bahan bacaan.

Namun bukan sekadar muzik kerana kajian juga mendapati adalah penting memilih lagu yang sesuai dengan subjek yang dipelajari. tidak semua subjek anda boleh memilih muzik kegemaran untuk di jadikan teman ketika mengulangkaji.

Contohnya subjek matematik, anda perlu memilih muzik bergenre klasik. Ini adalah fakta yang sudah direkodkan berdasarkan kajian yang dilakukan. Kajian menemukan, untuk meransang daya ingatan dan daya tumpuan pembelajaran, mendengar muzik klasik ketika mengulangkaji mampu untuk mendapatkan purata markah lebih 12% di dalam peperiksaan matematik.

Muzik adalah susunan bunyi yang mampu merehatkan minda supaya menjadi lebih tenang, imaginasi mampu di proses dengan baik dan tumpuan boleh di tingkatkan.

Bagaimanapun, menurut kajian terdapat beberapa langkah yang harus dilakukan oleh mereka yang belajar dengan mendengar muzik untuk memastikan ia lebih berkesan dan praktikal. Antaranya ialah :

1)Mengelakkan diri daripada mengulangkaji dengan mendengar muzik sehari sebelum peperiksaan. Ini kerana sehari sebelum peperiksaan adalah masa terbaik untuk kita melihat kembali kesemua bahagian yang sudah dibaca dan difahami agar setiap fakta itu terus melekat dalam otak.

2)Mencuba dengar muzik tanpa lirik. Ini kerana lirik itu boleh mengganggu terutamanya lagu kegemaran kita. Otak sibuk memproses pelajaran yang dibaca, bibir sibuk menyanyi lirik lagu tersebut. Ini tidak berkesan.

3)Cuba mendengar muzik dengan perlahan atau sederhana perlahan kerana muzik yang kuat hanya akan mengganggu otak untuk memproses.

4)Elakkan dari mendengar muzik yang mempunyai pukulan dram yang kuat seperti muzik rock atau muzik keras kerana ia berpotensi mengkhayalkan fikiran untuk memikirkan soal lain ataupun menyanyi sama.

5)Mengelakkan diri dari mendengar muzik baru kerana akan menyebabkan anda lebih fokus mendengar lagu baru yang tidak biasa anda dengar selain perlahankan muzik latar belakang untuk memastikan tumpuan otak masih pada buku yang dibaca.

Bagaimanapun, setiap langkah dan cara ini hanya berdasarkan kajian yang dilakukan dan tidak semestinya sesuai untuk digunapakai oleh semua individu. Semuanya bergantung kepada anda supaya proses pembelajaran menjadi lebih ceria dan tidak membosankan.

Disamping mengulangkaji tanpa tekanan, pada masa yang sama kita masih boleh berhibur.

Selamat mencuba!