Saturday 26 April 2014

Salam Perkenalan.

Assalamualaikum & hai..

Saya Mardiana. Boleh panggil saya Mar, Diana, Na, ape-ape saje yang korang suka. Anak jati Terengganu. Dan sekarang menetap di Shah Alam sejak tahun 2008. Telah berkahwin dan mempunyai seorang cahayamata berusia 1 tahun 8 bulan.
 
Saya bergelar surirumah sepenuh masa sejak Februari 2009. Saya berhenti kerja di atas kerelaan hati serta mendapat keizinan suami kerana suami berasakan kerja yang saya buat tidak setimpal dengan gaji yang saya dapat. Semasa saya bekerja di cawangan Terengganu, situasi kerja masih lagi terkawal. Situasi kerja mula berubah apabila saya memohon pertukaran kerana mengikut suami di Shah Alam.
 
Untuk pengetahuan anda semua, saya dan suami berkerja berlainan organisasi. Suami bekerja di sektor kerajaan. Saya pula di sektor swasta. Boleh di katakan setiap hari saya balik lambat. Tapi saya bukan keseorangan melalui saat getir di pejabat. Bos dan rakan-rakan pejabat yang sama jabatan juga terlibat mengikut tugasan masing-masing.
 
Setiap hari saya berfikir 'sampai bila aku nak kerja macam ni? takkan selama-lamanya nak balik lambat. dah la gaji tak naik-naik. kerja makin hari makin banyak." Untuk pengetahuan semua, masa ni saya belum lagi mempunyai cahaya mata. Saya mencari-cari juga bisnes yang boleh buat duit dari rumah tanpa keluar rumah tapi suami menghalang. Takut tertipu katanya. Suami berpesan, cari la bisnes yang ada depan mata. Nanti susah orang nak percaya.
 
Masa mula-mula berhenti, saya mengambil masa hampir berbulan-bulan lamanya untuk menyesuaikan diri sebagai surirumah. Al maklumlah saya berkerja hampir 4 tahun. Saya hanya jadi pemerhati je selama bertahun-tahun sehingga terjumpa dengan blog Cikgu Zaila Mohamad.
 
Setelah berbincang dengan suami perihal kelas asas blog secara dalam talian, dan saya yakinkan kat suami ramai yang telah berjaya menjana pendapatan secara dalam talian, suami izinkan. Syukur Alhamdulillah. Dalam hati ini, saya nak berjaya seperti guru onlineku, Cikgu Zaila Mohamad dan rakan-rakan yang lain.
 
Ini matlamat saya. Biar lambat, asal kita usaha dan yakin pada kebolehan diri sendiri, InsyaAllah. Dan yang paling penting dapat tengok anak membesar depan mata.
 
Harapan saya, dengan bermulanya entri pertama saya ini, saya akan lebih istiqamah untuk entri-entri yang seterusnya. Dan dapat berkongsi apa-apa ilmu yang lebih bermanfaat untuk diri sendiri dan anda semua.
 
 

No comments:

Post a Comment