Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts
Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts

Saturday, 11 October 2014

Cerita Setelah Menyepi..


Assalamualaikum...

Amboi..lamanya aku menyepi. Dah hampir 4 bulan. Sebenarnya bukan apa, terus terang itu lebih baik kan? Sebenarnya aku yang malas nak update! Tak ada mood.  Tu pon nasib baik aku tak lupa password. Kalau tak, makan tahun agaknya nak update blog. Lagi haru..hehe

Haa..macam mana sambutan Aidiladha kalian?  Alhamdulillah tahun ni aku dapat beraya kat kampung. Kebetulan encik suami dapat bercuti. Kalau tak, macam tahun lepas, beraya kat Shah Alam je.

Mesti dalam peti ais penuh dengan daging Qurban kan? Aku ni bukanlah peminat daging. Kalau ada, aku makan. Kalau tak ada aku tak cari. Balik hari tu pun, mak mertua nak bagi daging tapi aku tak nak. Bukan apa, suami aku tak makan daging sangat. Kan kalau aku masak, aku sorang-sorang je yang makan. Macam tak best je. Jadi lebih baik tak ambik.


Macam kat umah aku ni, suami aku tak makan daging sangat. Maksud aku bukan tak makan langsung, macam aku cakap tadi la. Ada, makan. Tak ada, tak makan. seingat-ingat aku sejak kawen, ada la 2, 3 kali aku beli daging. Tu pon aku makan sorang-sorang je. suami sekadar amik sekeping dan rasa sikit kuah dia.

Nasib baik aku beli dalam 200 gram macam tu je. Kalau beli sampai sekilo, mahu setahun baru habis daging tu..


Sebab tu kalau nak beli daging, aku akan tanya suami aku dulu nak makan ke tak, Kalau dia jawab, tak nak makan, aku tak beli.


 Ok, tu je pembuka cerita selepas menyepi. Maaf,gambar tak ambik masa beraya hari tu. Bila jumpa family je, terus lupa handphone. hehe


Tata

Saturday, 3 May 2014

Hari Anggota Bomba Sedunia 2014

Assalamualaikum

"Haa..tgk tajuk je mesti anda semua dah tahu aku nak cerita apa"..Ini ditujukan buat mereka yang tak tahu nak pergi mane pada cuti hujung minggu ni, 4 Mei. Kalau dah boring tiap-tiap minggu asyik pergi shopping mall je, meh kita beramai-ramai meriahkan Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba ni. Majlis ni bakal berlangsung di Dataran Merdeka.
 
 
 


Tema : Inovatif dan Integriti Pemacu Transformasi.

Antara program yang akan diadakan ialah kempen derma darah, pameran kebombaan dan persembahan kebombaan. Boleh la kita menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang kebombaan.
Terutamanya buat mereka yang mempunyai anak-anak yang sudah bersekolah. Kot-kot berminat untuk menyertai pasukan bomba sebagai perancangan masa depan. Adalah sangat dialu-alukan.

11 Mei plak akan diadakan larian bersama bomba. Bagi mereka yang suka marathon, boleh je join larian ni. Aku memang tak berapa suka join larian macam ni. Penat. Cepat semput. Maklumla dah usia-usia ni..Hehhe.

Oh ye, sebelum terlupa, Selamat Hari Bomba buat semua abang-abang bomba dan kakak-kakak bomba. Semoga sentiasa menjalankan amanah yang diberikan dengan baik. Terima kasih di atas pengorbanan yang dilakukan. Rumah terbakar panggil bomba, berlaku kemalangan panggil bomba, kaki anak tersepit dalam tandas panggil bomba, ular masuk dalam rumah panggil bomba, hilang dalam hutan panggil bomba, lemas dalam laut atau sungai panggil bomba, hutan terbakar panggil bomba. Terima kasih atas semuanya.


Jumpa kat Dataran Merdeka ye nanti. Ok, bye!


**gambar : fan page JBPM.