Saturday 3 May 2014

Belajar Dengan Muzik

Gambar : Ehsan En Google

Assalamualaikum.

           



Hai semua...semoga anda sentiasa dalam rahmatNya. Topik kali ni, belajar dengan muzik. Pernah tak anda berada dalam situasi ini? Aku memang mengaku. masa study dulu-dulu, bila nak buka buku je, mengantuk la, tak ada mood la, lemah je fikiran bile tak ada muzik. Pada aku bila ada muzik, seolah-olah ada tenaga baru menjelma dalam diri. hehhe.

Tapi bukan semua matapelajaran aku dengar muzik ye. Hanya subjek mengira sahaja. Subjek membaca aku tak boleh dengar muzik. Nanti fikiran aku ntah ke mana-mana je.hehhe

Pada aku, lain orang lain caranya untuk mengulangkaji pelajaran. Ikut kesesuaian dan keselesaan diri dan minda masing-masing. Ada orang suka belajar dalam keadaan sunyi sepi, duduk bersendiri dalam bilik atau perpustakaan.

Ada pula yang suka belajar kat pusat membeli belah atau kafe. Pada mereka, apabila terlampau sunyi, fikiran akan melayang dan apa yang di baca langsung tidak menyerap ke dalam otak.

Pada aku, kaedah mengulangkaji adalah bergantung kepada individu masing-masing. Namun begitu, bukan sekadar muzik kerana kajian juga mendapati adalah penting memilih lagu yang sesuai dengan subjek yang di pelajari. Tidak semua mata pelajaran, anda boleh memilih muzik kegemaran untuk di jadikan sebagai teman anda ketika mengulangkaji pelajaran.

                      
     
                                                
 
 
 
     

 
Namun, persoalannya adakah mengulangkaji sambil mendengar muzik adalah berkesan? Menurut kajian yang di jalankan oleh pakar psikologi klinikal di Amerika Syarikat, Dr Emma Gray, pelajar yang mendengar muzik ketika belajar adalah pelajar yang cemerlang di dalam akademik. Mereka jenis yang 'cepat tangkap', bijak dan mudah memahami segala teori yang diterangkan salam sesebuah bahan bacaan.

Namun bukan sekadar muzik kerana kajian juga mendapati adalah penting memilih lagu yang sesuai dengan subjek yang dipelajari. tidak semua subjek anda boleh memilih muzik kegemaran untuk di jadikan teman ketika mengulangkaji.

Contohnya subjek matematik, anda perlu memilih muzik bergenre klasik. Ini adalah fakta yang sudah direkodkan berdasarkan kajian yang dilakukan. Kajian menemukan, untuk meransang daya ingatan dan daya tumpuan pembelajaran, mendengar muzik klasik ketika mengulangkaji mampu untuk mendapatkan purata markah lebih 12% di dalam peperiksaan matematik.

Muzik adalah susunan bunyi yang mampu merehatkan minda supaya menjadi lebih tenang, imaginasi mampu di proses dengan baik dan tumpuan boleh di tingkatkan.

Bagaimanapun, menurut kajian terdapat beberapa langkah yang harus dilakukan oleh mereka yang belajar dengan mendengar muzik untuk memastikan ia lebih berkesan dan praktikal. Antaranya ialah :

1)Mengelakkan diri daripada mengulangkaji dengan mendengar muzik sehari sebelum peperiksaan. Ini kerana sehari sebelum peperiksaan adalah masa terbaik untuk kita melihat kembali kesemua bahagian yang sudah dibaca dan difahami agar setiap fakta itu terus melekat dalam otak.

2)Mencuba dengar muzik tanpa lirik. Ini kerana lirik itu boleh mengganggu terutamanya lagu kegemaran kita. Otak sibuk memproses pelajaran yang dibaca, bibir sibuk menyanyi lirik lagu tersebut. Ini tidak berkesan.

3)Cuba mendengar muzik dengan perlahan atau sederhana perlahan kerana muzik yang kuat hanya akan mengganggu otak untuk memproses.

4)Elakkan dari mendengar muzik yang mempunyai pukulan dram yang kuat seperti muzik rock atau muzik keras kerana ia berpotensi mengkhayalkan fikiran untuk memikirkan soal lain ataupun menyanyi sama.

5)Mengelakkan diri dari mendengar muzik baru kerana akan menyebabkan anda lebih fokus mendengar lagu baru yang tidak biasa anda dengar selain perlahankan muzik latar belakang untuk memastikan tumpuan otak masih pada buku yang dibaca.

Bagaimanapun, setiap langkah dan cara ini hanya berdasarkan kajian yang dilakukan dan tidak semestinya sesuai untuk digunapakai oleh semua individu. Semuanya bergantung kepada anda supaya proses pembelajaran menjadi lebih ceria dan tidak membosankan.

Disamping mengulangkaji tanpa tekanan, pada masa yang sama kita masih boleh berhibur.

Selamat mencuba!



No comments:

Post a Comment