Wednesday 7 May 2014

Tips Mudah Supaya Cukup Minum Air Sebanyak 8 Gelas Sehari

Assalamualaikum.


Sebenarnya tajuk ni berkaitan dengan diri aku. Kira aku berkongsila dengan anda semua bagaimana aku mengatasi masalah ketidakcukupan minum air dalam sehari. Sebelum kawin aku memang sangat-sangat susah untuk minum air putih. Aku akan rajin minum air bila aku perasan aku dah beberapa hari tak membuang..hehe. Teruk kan? Tolong jangan ikut perangai aku ni ye..hehe

Selepas kawin aku dah mula rajin minum air putih tapi masih lagi tak cukup 8 gelas sehari. Biasanya 5 gelas. Kadang-kadang kurang. Kadang-kadang 6 gelas macam tu la. Bila kawan tegur kulit aku macam kering je, baru la aku terhegeh-hegeh minum air. Sampai macam tu sekali? Hehe.

Tapi rutin minum air aku mula berubah 200% apabila aku bersalin dan mengamalkan penyusuan esklusif. InsyaAllah, bulan Ogos ni genaplah 2 tahun tempoh penyusuanku untuk sofia. Alhamdulillah.


                                                      'Ehsan En Google'


Cara yang aku amalkan supaya konsisten minum air adalah seperti berikut :

7 pagi : 1 gelas

9 pagi : 1 gelas

11 pagi : 1 gelas

1 petang : 1 gelas

3 petang : 1 gelas

5 petang : 1 gelas

7 malam : 1 gelas

9 malam : 1 gelas


Ok dah cukup 8 gelas sehari. Macam mana? dah boleh setkan masa untuk minum air kan? aku bukan je 8 gelas. Malah dah berlebihan minum air dalam sehari. 10 gelas macam tu la. Sentiasa dahaga bila menyusu anak ni. Bagi mereka yang sedang mengamalkan penyusuan esklusif, tahulah rasanya macam mane.

Tapi aku akan start minum air putih setiap hari setelah bangun dari tidur. Tanpa berkumur ye kawan-kawan. Lagi bagus kalau letak madu dan habbatus sauda. Sunnah Nabi. Aku tak letak pon. Minum air macam tu je. Lepas tu baru la solat subuh. Jadi jadual minum air aku bermula jam 6 pagi. Anda semua boleh mencuba tips yang aku kongsikan ni.

Tak rugi pon bila anda rajin minum air putih ni. Banyak kebaikan dari keburukan. Antaranya, kulit makin cantik, badan akan rasa sihat, sistem pembuangan pun akan sentiasa lancar. Takdela sembelit.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment